Tuesday 8 November 2016

Props Pelamin DIY

Ok harini aku nak bagi tips berjimat untuk majlis perkahwinan andaaa

Aku ni tersangat la faham masaalah dan dilema yang dihadapi oleh bakal-bakal pengantin terutama dari segi kewangan. Dok fikir nak bayar katering, which is sekarang bukan murah, pastu nak bayar pakej baju ngan pelamin ngan segala mak nenek ape semua tu. Percaya la cakap aku duit banyak mana pon akan habis kalau korang betul2 tak reti manage. Dari elok2 nak jimat cermat taknak membazir tapi end up lepas kenduri korang kira-kira balik total cost semua boleh buat pengsan. Time tu baru la korang pikir yang sebenarnya banyak benda yang korang boleh buat sendiri in order to cut the cost.  Aku faham la sebab aku sekarang pon tengah dalam situasi macam tu..krik krik

Salah satu benda yang aku buat sendiri untuk kenduri aku ni ialah props pelamin tu. Sesetengah pakej dia ada provide for free, tapi kes aku ni akak tu takde benda alah ni.. Pastu bila survey untuk beli ade yang harga RM2 satu batang yang ni memang cun lah die buat tapi cuba kira balik kalau beli 10 batang dah RM20..takkan nak beli 10 batang je kan?mane cukup. Tu tak masuk lagi cas penghantaran. Ada yang RM0.50 sebatang murah tapi tak cantik la..hehe..aku tengok ni pun tak berkenan langsung. pastu pikir aku buat sendiri lagi cantik..*libas tudung ke belakang*. Eleh lagipon benda ni untuk seronok2 je so tak yah la nak beria keluarkan duit banyak2 untuk beli benda ni.

Buat sendiri ni kau boleh letak apa2 ayat yang kau nak, suami ku terlajak hensem ke, suamiku encik sotong ke suamiku blah blah blah tu semua ikut kau. Nak puji diri sendiri pon takde hal contohnya aku terlajak jelita ke, pengantin paling gorgeous, pengantin kiut miut ke hahaha janji takde yang muntah bila baca nanti.

Aku pakai Microsoft word buat benda ni. Maaf la kalau nampak aku ni macam buta IT. Sebab aku memang tak tahu nak pakai ape lagi selain word. Pakai paint pon boleh kan?ntah...Bagi sesapa yang ada degree IT tu sila pergi main jauh2 hahaha post ni tak sesuai untuk anda.


Insert - Shapes - Right Click - Add Text - Tulis je pape
Pastu pergi Format (Drawing tools) yang kat atas tu then kaler kan ikut kesukaan hati anda.
Aku rase benda ni sekarang budak tadika pon dah expert dah.

Lepas tu print berwarna. Aku pakai printer ofis opsssss


Lepas print gunting kemas2 ye seperti gambar di atas.
Kalau yang warna hitam tu masa gunting, lebihkan sikit, maksud aku tinggalkan sikit kertas warna putih kat sekeliling tu. supaya nampak la props tu nanti.

Yang mulut2 tu semua aku cari gambar kat google jer pastu insert picture dalam word.



Cardboard hitam ni beli kat kedai buku..besar ni dalam RM4 kalau tak silap.

Jangan beli yang nipis sangat nanti props lembik, kalau beli yang terlalu tebal pon hazab korang nak menggunting nanti. sakit weh tangan.

Lepas tu lekat je kertas tu atas carboard ni rapat2..nak jimat space la katakan. Macam gambar kat bawah ni. Gam tu pakai jenis yang macam aku pakai tu better sebab yang cair nanti comot tak kemas.




Lepas tu gunting yang atas cardboard tu pulak. Memang rasa nak mengamuk gak lah time gunting ni sakit jari jemari i ni taww


Pastu sediakan lidi.
Mula2 aku pakai gam uhu tu..ingatkan kuat, sekali cair la..memang tak sesuai.
Last2 pakai gam pistol tu memang terbaik la, melekat elok je..tak lari2 pon.
dah kenape remote control buat kat tengah2 tu haha nak jadi props gak ke?


Haa ni dah hampir siap dah





Taraaaa finally after berapa hari aku buat baru siap kahkah sebab aku buat time ada mood jeee
Ni kalau korang stail focus and jenis boleh hadap benda ni je dalam sehari dua dah boleh siap dah..simple je kot aku buat ni. kalau korang jenis kreatif fuh macam2 lagi korang boleh reka. Tapi sory aku tak kreatif. 

Aku dapat buat dalam 39 batang kalau tak silap dengan kos tak sampai RM10 sebab aku guna printer ofis..hehe kalau print kat luar pon ala tak sampai RM10 gak kankan

Hantaran dengan bunga telur pon aku ada buat sendiri. Berguru dengan google dan youtube je. Aku buat semua sendiri ni bukan nak tunjuk pandai ke tunjuk hebat ke ape ke tapi aku buat sebab nak JIMAT..haha

Tak rela aku tempah mahal2.. kalau hasil dia aku puas hati takpe tapi kalau xpuas hati? haa kan dah takde mood aku nak kahwin

Buat sendiri walaupon buruk tapi tetap puas hati sebab kos ciput..hehe

InsyaAllah kalau rajin kite tunjuk bunga telur pulak. Tata.



No comments:

Post a Comment