Friday 17 November 2017

Cornflakes Madu Tersenang dan Tersedap!!

*Jumpa post ni dalam draft arini publish je lah even nak masuk raya yang baru da pon*

Salam ramadhan al mubarak

Ada beberapa minggu saja lagi kita bakal menyambut hari raya aidilfitri.
Hari raya kali ni mungkin special sikit almaklumlah pengantin baru kuikuikui
Kira pestaim la raya berdua, ada peneman.. kalau tidak sorang2 ja..dasar forever alone. so sad

Sekarang aku dah naik satu level.. level apa??? level soalan dari pakcik & makcik kepoh..yelah dok tanya aku bila nak kawin. tanpa jemu, tanpa penat. Aku pulak yang penat nak dengar diorang tanya.

Dulu masa aku study best la jawab.. soalan senang je.. bila habis belajar? amik kos ape? belajar kat mana?

Dengan konfiden la jawab..siap boleh hafal jawapan pastu tiap kali orang tanya rewind je

Moga2 tahun ni tak terkena soalan level kedua la..uish yang tu mahu sentap nangis tiga hari tiga malam pon tak setel lagi.

Mohon laki aku pun bertabah la kalau terkeluar jugak soalan level kedua tu dan harap dia dapat memberikan jawapan yang cool and steady sambil selitkan sedikit sindiran mahupun tazkirah. hehe

Masa bujang dulu takdanya nak bangun sahur. sebelum tidur tu dah makan siap2 balance makanan berbuka. Sekarang kau giler tak nak bangun.. kene maki berjabu kang tak sanggup pulak nak dengar.

Busy ni buat kuih raya.. cecece hebat sangat

Nak share la resepi yang paling senang paling sikit tapi tetap sedap!! Guna 4 bahan je uollsss


Bahan-Bahan

500gm Cornflakes (Nestle) Brand lain nipis tak sedap
200gm Buttercup
7 sudu besar Gula Kastor
7 sudu besar Madu
Chocolate rice (warna-warni)

Cara-cara

Cairkan butter dalam kuali, pastu masuk gula dengan madu

Masak sambil kacau sampai berbuih

Campakkan cornflakes

kacau sampai semua cornflakes bersalut dengan kuah

Gumpalkan dalam papercup pastu bakar 160'C dalam 10-15 minit

Lepastu taburkan coklat rice bagi nampak berseri sikit.

Dah siapppp!!


Apa lagi nak?resepi sikit punya senang lagi tu. kalau tak cuba jugak tak tahu la nak cakap apa

hakhak gelak jahat

No comments:

Post a Comment