Friday 19 June 2020

GDM on diet bagi ibu hamil

Assalamualaikum

Wow tajuk doktor2 sangat nih.

Actually aku bukanlah seorang pakar yang boleh bagi advice pasal GDM ni tapi aku just nak share flow dia sebab aku pernah alaminya untuk kali pertama pada 2018 and now pon tengah alami for second time. Tapi kali lebih mencabar sikit sebab GDM tu dah didetect seawal kali pertama minum air gula which is minggu ke 14 kehamilan.

Kenapa aku kena minum air gula awal?

Firstly sebab aku ada history GDM on diet masa first pregnancy dulu. So memang kena buat awal since nurse nak tahu result dia secepat mungkin.

Bayangkan pergi bukak buku minggu ke-13 (lewat sikit sebab masa tu Covid-19 tengah rancak) nurse dah cakap pasal minum air gula. Baru nak excited2 ni terus rasa cuak. Jadi nya seminggu selepas tu terus la aku cari klinik untuk buat test ni. Aku memang checkup dekat KK tapi untuk air gula ni prefer yang swasta punya sebab rasa air gula kat KK nauzubillah hahahaha. Swasta punya dia macam gas2 and aku dapat perisa soda, sejuk2 tu lalu tekak macam nikmat la sikit. Tambah2 masa tu tengah lapar kan puasa dari pkul 8malam semalam. Lagipun klinik tu murah je RM60.

Tapi kalau nak minum kat KK pon takde hal cuma tips nye jangan minum sikit2. Kalau boleh tenguk terus sampai habis. kalau dok stop2 tu yang rasa gula dia pekat kat tekak. Time ni pon morning sickness tak habis lagi. Tu yang boleh buat muntah. Kalau muntah kene repeat balik taw. Tak pasti pulak kena buat hari lain ataupon boleh je tambah air gula baru.

Ok, lepas 2 3 hari result keluar dan aku memang dah expect pon akan kantoi jugak kali ni. Huhu


            Result berpuasa 5.5 (kalau ikut swasta borderline, kalau KK tak boleh lebih 5.3)
            Result after 7.5 (kalau ikut KK borderline, kalau swasta bawah 7.8 still ok)


So, lepas dapat result aku dah redha dan nak cuba kawal makan.

Lepas tu jumpa nurse KK, prosedur biasa adalah untuk buat (blood sugar profile) BSP. 

BSP ni kita cek sendiri kandungan gula dalam badan 4 kali sehari. Beli alat Blood glucose meter to sekarang kat shopee pon dah murah. RM30 pun ada tapi biasa punya la. Aku beli kat farmasi yang kat bawah ni brand One touch. Beli yang macam ni senang nak cari strips dia kalau habis.


Kena ambil bacaan:

    1)    Pagi pukul 8 pagi (dengan syarat puasa dari pukul 8 or 9 malam sebelumnya)
            Bacaan tak boleh lebih dari 5.3

    2)    Pkul 10.30 (2 jam selepas sarapan)
            Bacaan tak boleh lebih dari 6.7

    3)    Pkul 3petang (2 jam selepas lunch)
            Bacaan tak boleh lebih dari 6.7

    4)    Pkul 9malam (2 jam selepas dinner)
            Bacaan tak boleh lebih dari 6.7

andddd the result wassssssss.............

Nampak takkkkk??

Aku ingat aku je tak faham kenapa pagi tu tinggi sedangkan waktu biasa bacaan gula sangat normal ok, rupanya doktor pun tak faham kenapa.

Even aku last makan pukul 7.30malam pun still bacaan tinggi. Doktor cakap mungkin pemakanan aku salah then dia suruh aku jumpa dengan nutrician. So nutrician explain so many things yang aku fikir macam make sense jugak la. Aku bukan kena control gula dan karbohidrat je tapi kena control jugak minyak dan lemak dalam masakan sebab 2 benda ni kalau ambil berlebihan, dia akan tukar jadi gula jugak. So tu salah satu faktor. Faktor lain mungkin insulin badan aku waktu malam tak dapat bekerja dengan baik sebab nya hormon pregnant ni kacau. Then lagi satu faktor mungkin sebab aku start puasa awal sangat which is pukul 7.30malam, so dia cakap gula tak cukup dalam badan akan menyebabkan badan produce additional sugar untuk cover yang tak cukup tadi tu.

Fuh, Nutrician tu cakap semua ni andaian sahaja, apa yang kita boleh buat just try and error, tengok mana satu method yang berkesan.

So sekarang aku kena on ubat (minggu ke-20). Metformin. Ubat ni untuk stop kan hati dari produce gula pada waktu pagi. Kalau tak jalan jugak kena on insulin. Ya Allah mintak dijauhkan. Aku akan cuba dulu kawal. Tapi kalau still macam ni aku redha je on insulin ke apa ke janji anak aku sihat. Takut nak google risiko2 gula tinggi kepada kandungan. Nauzubillah.

Next appointment nanti aku share lagi ye. Bubye