Thursday 27 October 2016

Hard Rock Hotel Penang

Haha jap nak gelak dulu..sebab tajuk ni kalah orang ada2 pulak kan.

Sebenarnya aku suka sangat baca semua blog yang suke review pasal percutian diorang tak kisah la dalam negara ke luar negara ke semua aku layan je. Tambah best pulak kalau yang suka share2 gambar makanan perghh rasa nak jilat je skrin pc ni.. Almaklumlah makanan dan aku tak dapat dipisahkan. Jamu mata pon dah dapat rasa kesedapan dan kekenyangan makanan yang diorang dok share tu. haha nak cakap aku psyko ke?korang pon same an an an.. ngaku jer

So aritu aku dapat kira macam rezeki terpijak la..ada orang sponsor aku nak menginap kat sini. Untuk pengetahuan korang aku ni langsung tak pernah pergi bercuti..last aku rasa masa Form5 tu pon pergi Langkawi ikut rombongan sekolah. Bayangkan la sekarang umur dah 26..kerja dah 3 tahun tapi dok cakap nak bercuti bercuti tu sampai kesudah la hanya omongan kosong..bahahahaha konon2 plan dengan member2 study dulu tahun pertama kerja nk bercuti sekian sekian tempat tahun kedua pulak tempat lain tapi hahaha malas nak cakap. Bila da masuk alam kerja ni baru aku tahu realiti sebenar macamne kehidupan orang makan gaji ni..eh dah2 aku nak buat entry happy2 la..bukan entry serabut lagi.

Nak dijadikan cerita housemate aku sekarang ni dia dapat voucher free penginapan kat mana mana hotel satu Malaysia berjumlah seribu..huishh giler lah..nak nak pulak aku kan dah nak kahwin, so dia nak treat aku something la sebab aku kan housemate yang paling comel dan yang paling dia sayang...krik krik.

Kitorang dah giler dah plan nak pergi genting la pangkor la cameron laa..semua ni ambik masa berbulan2 gak la nak decide hahaha poyo sangat dua2 orang ni.. pastu pikir balik kalau pergi luar dari Penang kos tinggi woi...minyak lagi tol lagi ape sume..dah la aku nak pakai duit banyak ni..hmm last2 member aku ni cakap jom p Hard Rock Hotel kat Batu Feringghi sebab tempat dia memang terbaik lah.. Fuh selamat poket aku hihi

Kitorang pergi jap je..2 hari 1 malam..tp memang berbaloi baloi..dapat release segala tension yang ada dalam kepala otak. So, kalau korang masih tercari-cari kat mana hotel yang best kalau datang bercuti kat Penang ni, boleh la check in sini. Err jangan tanya pasal harga sebab aku tak tahu pun harga bilik yang kitorang duduk ni..almaklumlah free..hehe

Tapi yang aku tahu ada dua jenis view, sea view yang kitorang duduk ni..satu lagi hill view. Hill view tu murah sikit dalam RM 400++ per night yang sea view ni dalam RM 800 kot..maaf kalau salah. Pastu bilik tingkat bawah sekali tu ada access terus masuk kolam mandi..japg aku tunjuk gambar. Tapi kitorang duduk tingkat tiga..bilik nak hujung pulak tu jenuh nak menapak..sebab hotel ni die jenis memanjang..tak tinggi..5 tingkat je pon. Stress jugak la di situ.

So kitorg pergi hari sabtu check in dia pukul 3 ptg..check out pukul 1 paling lewat. sempat la aku pergi kenduri sepupu aku dekat kepala batas dulu. Sebab tu check in pakai kain je hahaha hentam je laa


Aktiviti wajib zaman sekarang. Selfieeeee duluuu
Haa tu la housemate aku yang tercinta tu..puiii hahahaha dah bawak berjalan dan2 tercinta bagai
Cuba tak bjalan, keje nk bertekak je kitorang kat umah tu..yelah dah ari2 asyik ngadap muka dia je.
Hmmmmm..
Aku bagi amaran siap2 ye..banyak gambar-gambar poyo kitorang dalam ni so aku mohon sangat2 jangan muntah.


So we are here at hard rock hotel..muah muah muahhhh!!! haha tetibee


Waahh sopan sangat ni..actually seksa tau i berjalan pakai kain tu. Plan nk tukar seluar dulu tapi tahu la cik ina tu mana menyempat nyempat tunggu..kemain lagi excited call aku doploh kali suruh cepat huh!




Haaa ni Hard Rock Cafe, sebelah je ngan Hard Rock Hotel. Kalau korang suka kumpul barang2 Hard Rock boleh la beli sini.. tapi kitorang tak masuk pon aritu sebab tasabarr nk tengok bilik. Masuk terus check in sebab da pukul 5 dah time tu. Rugi 2 jam taw. Staff die pon baik je layan..orang Kedah....orang kampung chek..haha 


Ni bilik nye. Katil ada dua so tak payah berebut ok.
Gambar sape eh tu? Marilyn Monroe tu kn?


Jap tengah pikir nak duduk katil yang mana.
Bengang je housemate aku tu aku cakap nk dua2..haha kau tidur sofa sana


Ni penting ni..pagi2 mesti cari


Bersih dan cantik..suka sangat..yang dinding belakang lukisan tu macam sliding door ok, boleh tolak bagi bukak..so orang dalam bilik tu boleh tengok kau mandi

Haha geli aku..kalau honeymoon takpe la jugak 
So, aku kasi tutup semua padan muke Ina tak dapat tengok 


Takyah la makan kopok kat mini bar ni satu sampai 7hinggit..beli kat luar je murah..standard hotel la kan..
yang hitam bawah tu peti ais..pon kitorang tak ambik penuh air dalam tu..arak pun ada ye
Kitorang bancuh air yang free je..haha kede sangat perangai

Baru teringat gambar TV dengan sofa yang meletop kebabom punya best tu aku tak ambil..alahai..nak kene pergi lagi la ni jawabnye semata-mata nak ambil gambar tv hurmmm


Gedik jap berselfie dekat 8 juta gambar dah dalam bilik ni saje. Eh, tu la tv kat belakang tu..nampak kecik tapi besar sebenarnya







Ni view kat balkoni kitorang..kitorang punya bilik kan sea view. Kalau Hill view nampak bukit2 yang on the way nak pergi Balik Pulau tu..cantik jugak aku rasa sebab mesti hijau je nampak. 

Bukit tu mase sekolah dulu abah aku selalu la bawak kitorang datang penang semata- mata nk lalu jalan bukit bukau tu..nak test skill memandu katanya. 

Dia pusing satu pulau ni dari jambatan ikut jalan bukit2 ni pergi Balik Pulau pastu tembus balik Bayan Lepas..terus naik jambatan balik rumah aku Sungai Petani..setel..da la kona2 turun naik pulak tu..uish ingat balik pon rasa nak muntah dah.

Bukit tu ada cerita dia..sapa nak tahu pergi google sendiri haha taknak la aku cerita. Sekarang dah ada jalan baru dah nk pergi Balik Pulau tu. Dah tak scary sangat macam jalan lama tu tapi aku tak pernah naik lagi.





Fefeling poyo sebentar

Lepas tu perut masing2 pon dah pasang speaker moh la kita keluar makan. Makan takde hal sebab banyak je kedai makan yang biasa2 kat situ walaupon tu tempat peranginan kan. Tapi jangan la pergi yang sekitar Hotel tu..memang restoran yang class2 je la ada situ..

Kitorang turun bawah sikit kat area petronas yang ada Mcd tu.. Makan kenyang2 pastu tapau segala keropok bawak balik hotel.



Tiap kali nak keluar je wajib posing kt cermin besar kt pintu ni dulu..hehe
Aku suke rumah yang ada banyak cermin tambah2 cermin full macam ni..tapi orang cakap tak elok sebenarnye..betul ke?


Kalau jenis giler kamera ni nampak meja sikit pon nak posing. 


Nampak gambar gantung pun nak


Dan jugak cermin..hmmmm
 


Dah sampai bawah pon kitorang still posing lagi ok. Tengok la berapa banyak step n halangan die nak keluar makan je pun. Bukan aku yerr..si Ina ni ha yang kaki bergambar. Aku layankan aje walaupun perut masa tu rasa macam nk telan orang sangat2.

Tengok ramai giler orang mandi petang2 ni..mostly family la. Kolam die best sebab tak dalam..tempat yang dalam pun 1.4meter ja. So sesuai la untuk gadis2 yang pendek dan tak reti berenang macam i ni..krik krik

Malam tu lepas balik makan aku dah tak sabar nak terjun kolam sebab panas giler, dah la tak mandi petang tu. Masuk je hotel tengok lampu2 die perghhh cantik wehh. Pemandangan malam die aku rasa lagi best..dengan live band die dok nyanyi2 tapi hmm aku kureng sikit dengar lagu2 yang aku tak biasa dengar ni hehe stakat nak layan 2 3 minit tu boleh la





Nampak tu bilik bawah sekali yang aku cakap bukak pintu boleh terus terjun. Senang kan takde la macam kitorang ni, baju basah2 nak lalu lobby pastu nak naik lif ke bilik. Orang pandang pun jeling2 je haha maafla

Takde orang mandi pun malam2 haha aku sorang je yang gigih mandi.. tapi lepas tu ada la kapel tu datang mandi teman aku.

10minit je kot pastu dah sejuk gigil2 terus ajak housemate aku naik atas tukar baju konon nak turun balik layan live band tapi kirim salam la..haha dah naik kan memang tak la aku turun balik. Sape bercuti dengan aku memang boring okey. Layan movie ngan wifi free je la kat bilik sampai tertidur.

Esok tu seawal 6.30 Ina dah gegar2 katil aku ajak breakfirst. Dengan tak mandi harap cuci muka ngan berus gigi je turun la kami berdua ke cafe. Breakfirst sini dari 7.30 sampai 11 kalau tak silap.



Comel la konsep cafe die..nampak kemas and ala2 omputih sikit.


Dua orang budak tak mandi..eee ucuk!


Ni Ina punye


Ni aku punye




Ni mie kuah tak silap..pagi2 lagi dah ada mee kuah



Yang bebola daging tu aku suka..sedap sangat..makan dengan roti pita ngan kuah putih die tu


Nasi lemak die punye sambal aku kurang sikit la..tapi mungkin time tu aku dah kenyang sangat kot


Banyak lagi makanan die..cuma i is malu nak snap gambar hehe
Ada chef tolong goreng telur kat kau, ada yang buatkan roti canai dan macam2 lagi


Sedap tu pankek dengan madu sampai sekarang dok teringat lagi



Time ni dah kenyang dah..muka pun lemah je..padahal mengantuk lagi tu


Pastu sebab rasa bersalah dan rasa macam baju mengetat je, kitorang pon decide nak jalan2 keliling hotel pastu pergi private beach die tu. Ingat nak naik bilik sambung tido balik tapi kene jeling ngan housemate aku tu terus tak jadi. Jumpe binatang ni excited kalah budak2 ngko.. Nak masuk dalam tu macam tak muat je..so duduk atas pon boleh la. Nasib tak patah hikhikhik


Takde orang kan sunyi je.. awal lagi ni dalam pukul 8 macam tu.

Disebabkan takde orang, jadi lah gambar acah2 lompat kat bawah ni. Kalau rase gegar2 vaganza tu jangan panik pulak sebab tu sebenarnya kesan dari lompatan si Ina hahahaha bukan aku ye!
Mohon die tak jumpe blog aku ni


Stail x? krik krikkk


Jap start motor jap preeeeeeee pree preee preeeeee
  

Alaaa...jap aku tak terbang lagi ni alaaa


Haha ni je yang jadi tapi ina pulak spoil haha..lantak sana


Fuh lega dapat mendarat dengan selamat. Hang menang award ka apa Ina oi?


Walaupun pantai die tak la secantik mana tapi aku suke sangat environment macam ni..dengan angin kuat terbang2 tudung, ngan bunyi ombak, pastu dapat tengok laut yang terbentang luas tu..hmmm setel semua masaalah ni rasa..

Berjam-jam gak la kitorang kat sini pastu dah panas terus naik nak get ready terjun kolam..wooohooooo
Nak mandi kene pakai tu kat tangan tu..reason tak tahu laaa..
Gambar mandi takde sebab tak bawak turun henset pon 
Lagipon time ni aku dah nak muntah tengok gambar belambak sangat


Then dalam pukul 12 tu kitorang naik bilik nk siap untuk check out.

Taraaaaa...muntah lagi






Alamak pemandangan tak best la dalam kolam tu..eeeeee
Pastu kitorang singgah makan laksa dengan kotiaw goreng tepi pantai sebelum balik tidur kat umah sewa kitorang kat seberang jaya tu..haha dekat ciput tu pon kira bercuti jugak ke?
Lantaklah janji happy kankankan.

Nanti ade rezeki lebih kite pergi tempat jauh sikit ye yunkkk
Tataaa




















No comments:

Post a Comment